KAEDAH PINTAS JAWI
Kaedah Pintas Jawi
Mari baca senarai bahan bantu bantu mengajar terkini dari Ezzu.my.
Kaedah Pintas Jawi merupakan kaedah yang berfokus kepada :
- Murid yang masih lemah dalam mengenal huruf jawi tunggal.
- Menggunakan asas buku Iqra’ jilid 1 sebagai asas dan diubah suai.
- Boleh digunakan juga untuk murid yang berada dalam kelas pemulihan sebagai latih tubi pengukuhan alternatif selain kaedah sedia ada.

1. Pintas Jawi
Saya telah diminta oleh seorang guru Pendidikan Islam untuk membina bahan ini yang pernah digunakan di negeri Perak pada awal tahun 2000.
Beliau memberikan idea kepada saya untuk membina semula kaedah Pintas Jawi melalui olahan dan garapan saya sendiri.
Asas kepada kaedah ini adalah menggunakan buku Iqra’ 1 yang ditulis oleh pengasas buku Iqra’ , Ustaz Haji As’ad Humam yang diterbitkan oleh Darul Fikir.

2. Penerangan Kaedah Pintas Jawi

Jika kita buka buku Iqra’ 1 , susunan perkataan dan barisnya adalah seperti dalam gambar di atas.
Melalui kaedah Pintas Jawi, kaedah ini menggunakan susunan huruf Hijaiyyah yang sama namun dihilangkan barisnya.
Rujuk gambar di bawah.

Memandangkan kaedah ini berfokuskan kepada mengatasi murid yang lemah dalam bacaan jawi, jadi terdapat beberapa huruf jawi yang tiada dalam susunan huruf hijaiyyah.
Oleh yang demikian, saya telah menambah kesemua huruf jawi tunggal (37 huruf) termasuklah yang tiada dalam susunan bacaan Iqra’ 1 iaitu huruf :
Ta Marbutoh, Ca, Nga, Pa, Va, Ye dan Nya.

37 Huruf Hijaiyyah
3. Kaedah Penggunaan Pintas Jawi

Gambar menunjukkan sebahagian daripada muka surat yang terdapat dalam modul ini.
Dengan susunan yang sama dengan buku Iqra’ 1 dan dihilangkan barisnya, murid akan membaca huruf jawi tunggal satu persatu mengikut susunan yang diberikan.
Pada ruangan “Menguasai” , guru boleh meletakkan tarikh dan pelekat “sticker” sebagai penghargaan atas kejayaan mereka.
Pada ruangan “Belum Menguasai” pula, boleh dibuat catatan sebagai panduan pengulangan pada masa akan datang.
Hal ini juga bagi memudahkan guru-guru atau ibu bapa mengenalpasti huruf yang masih belum dikuasai oleh murid.

Disarankan kaedah latih tubi bacaan secara berulang kali supaya dapat membantu murid untuk mengingat huruf tersebut dengan lebih baik.
Kesimpulannya
Saya berharap agar modul Pintas Jawi ini akan dapat membantu guru-guru dalam mendidik murid yang masih lemah dalam penguasaan mengenal huruf jawi tunggal.
Anda boleh baca bahan bantu mengajar lain yang telah saya bina berkaitan jawi dan program-program Panitia Pendidikan Islam >> KLIK DISINI <<